Pagi ini, aku memulakan aktiviti dengan mencari kedai Deja Moss - Hadeeja Kek Lapis Segar di Ukay Perdana.
Mula-mula sesat gak nak sampai sini, akhirnya jumpa juga di deretan kedai belakang apartment di jalan ukay perdana 1/2.
Apa yang menarik di sini? Semesti menu masakan sarawak. Yeay. Dah lama aku tak makan makanan sarawak.
Lagi best Deja Moss turut join makan dan borak2 bersama kami, sambil bercerita pasal menu2. Aku order kek lapis, laksa sarawak, mee kolok, umai dan daging masak hitam. Semua sedap, rasa resepi sarawak sebenar.
Restoran ini simple je, hiasan dalam dan ruang makan dia selesa. Staf2 deja moss semua sarawak.
Harga makanan di sini, berpatutan. Aku abis 70MYR untuk semua makanan tersebut bagi 2 orang.
Bersama Deja Moss |
Rasa sayang nak makan kek ni, warna yang menarik... |
Umai yang menyelerakan |
Ruang makan yang ringkas |
Tu dia koleksi makanan sarawak yang dibedal, Mee Kolok, Daging Masak Hitam, Kek Lapis, Laksa Sarawak |
Kek lapis yang dijual pada harga yang berpatutan |
penah rasa umai..
ReplyDeleteikan mentah yg sodaappp~~
Tulah. Best umai tu. :)
ReplyDelete