Wednesday, 14 March 2012

Mandurah, Australia

Dari Perth, aku ambil train menuju ke Mandurah. Hasrat ke Mandurah ini adalah untuk tengok ikan lumba-lumba. Tapi tidak jumpa pun.


Sampai di Mandurah, aku merayau sekitar waterfront dia. Kemudian, ambil cruise tour, pusing-pusing sekitar kawasan kediaman ala-ala mewah di pinggir laut Mandurah. Di Mandurah ini terdapat banyak terusan. 


Selebihnya, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan bergambar-gambar di sekitar Mandurah ni aje. Cukupkan syarat.


He he.

Fremantle, Australia

Jarak dari Perth ke Fremantle ni takde lah jauh sangat. Untuk ke sini, boleh naik feri, bas atau pun train.


Aku suka Fremantle ini sebab dia tepi laut. Di sini aku sempat ke Market dia, pastu ke Round House atas bukit kecil di tepi laut tu, pastu ke WA Maritime Museum - best muzium ni, siap dapat masuk kapal selam lagi. Seterusnya, sempatlah pusing-pusing sekitar bangunan bersejarah di Fremantle ni, town hall, prison dan sebagainya.


Yang paling aku suka adalah makan fish and chips kt deretan restoran tepi laut tu. Oh ya, cenderamata di Fremantle ni aku rasa lagi murah daripada di Perth City Center. Tempat popular untuk menghabiskan AUD$ di Fremantle ini adalah di Fremantle Market dan ESheds Markets.

Perth, Australia

Semalam, bila baca berita mengenai AirAsia X (AAX) akan meningkatkan frekuensi ke Perth, Australia, terus teringat kenangan aku masa ke sana pada tahun 2010 dulu. Yup, dulu pergi sana pun dalam keadaan tergesa-gesa. Maka, tak sempat nak buat perancangan rapi, namun, sempat pergi tempat-tempat utama pada first-time traveler di Perth.


Kalau boleh, memang aku ingin ke Perth lagi. Kali ini nak pergi melawat dan mencari pengalaman di luar kota Perth pula.


Dulu aku sempat ke Whiteman Park, Caversham Wildlife Park untuk tengok dan beramah mesra dengan kanggaroo. Lepas tu melepak di Kings Park, memang cantik taman ini, dah lah besar, pastu ditanamnya tumbuhan liar dari serata Australia. Kalau musim bunga, mesti lagi menarik dan memukau.


Sekitar Perth City Center aku sempat ke Swan Bells, Lake Monger (sanggup menapak 3 km ke taman ini semata-mata mencari Black Swans, hahaha, mujur jumpa), pastu menyusuri Swan River yang macam laut tu. Perth ini tidak besar kota nya, bahagian city center tu boleh jalan kaki je.


Selain daripada Perth, aku sempat ke Freemantle dan Mandurah dan ke Houghton di pinggir Swan Valley untuk ke vineyards.

Spring in the air


Kalau negara 4 musim, sekarang sudah masuk musim bunga. Apakah bunga kegemaran korang?.

Aku suka tgk bunga tulips. Dulu masa pertama kali ke Amsterdam pun, memang niat nak tengok tulips. Tapi masa tu silap, kerana datang pada musim panas. Namun, aku berpeluang untuk tengok bunga tulip di Korea Selatan untuk pertama kalinya. Seterusnya pada tahun 2007 dulu, aku berjaya sampai ke Keukenhof di Holland tu, untuk tengok tulip yang berjuta tu.
Oh rindu nak ke Keukenhof lagi.

Baru-baru ini aku dapat perkhabaran gembira daripada Keukenhof. Aku telah menang tiket percuma untuk masuk ke Keukenhof. Adakah aku akan ke sana lagi. Hmmmm.

Selain Keukenhof di Holland, aku pernah ber-tulip-mania di The Buchart Gardens di Victoria, Kanada, Teeselaar Tulips Festival di Melbourne, Floariade 2011, Canberra, Australia dan di Everland, Korea Selatan.

Selain tulip, setiap kali musim bunga aku teringin nk melepak bawah bunga sakura di Jepun. Ntah bila agaknya akan sampai di sana kan. Setakat ini, aku berpeluang menikmati bunga sakura di Canberra pada tahun lepas, 2011.

Selamat musim bunga semua.


Neuschwanstein Castle


Aku berjaya sampai ke Castle ini setelah menaiki train dari Munich Hbf ke Fussen dan seterusnya naik bas ke Castle ini. Aku berapa ingat berapa Euro tambang ke sana pada masa itu. Namun, aku rasa ianya memang berbaloi daytrip dari Munich ke Neushawnstein ni. 
Sekitar kawasan ini adalah lagi satu Castle di bawah bukit tu, nama dia Hohenswangau.



Sedikit latar belakang Castle ini (Source: wikitravel):

Neuschwanstein Castle is a 19th-century Romanesque Revival palace on a rugged hill above the village of Hohenschwangau near Fussen in southwest Bavaria, Germany. The palace was commissioned by Ludwig II of Bavaria as a retreat ans as a homage to Richard Wagner. Contrary to common belief, Ludwig paid for the palace out of his personal fortune and extensive borrowing, not with Bavarian public funds.

The palace was intended as a personal refuge for the reclusive king, but it was opened to the paying public immediately after his death in 1886. Since then over 60 million people have visited the Castle. More than 1.3 million people visit annually, with up to 6,000 per day in the summer. The palace has appeared prominently in several movies and was the inspiration for Disneyland's Sleeping Beauty Castle and later, similar structures.

Menarik bukan. Memang permandangan sekitar castle ini memukau.

Untuk maklumat lanjut mengenai Castle ini, korang boleh lah baca di:


**nanti aku edit beberapa keping lagi gambar dan masukkan di sini.



Munich, Gemany

Bila balik dari Germany hari tu, teringat pada kenangan pertama aku ke bumi Germany pada tahun 2007 dulu.


Masa tu sempatlah pusing sekitar kota Munich. Pada aku kota Munich adalah kota yang menarik, berlokasikan di Bavaria. Tapi, Munich pada aku paling mahal, jika dibandingkan dengan kota-kota lain di Germany yang aku baru jejaki pada tahun ini. [Tapi tak taulah sekarang Munich macam mana kan, kerana dah lama tidak ke sana[.


Di Munich, aku sempat ke Alliance Arena - stadium bola sepak bagi Bayern Munich (gila pada masa tu amat gemar untuk bergambar di stadium kan, BWM Museum, pastu ke Olympics Park, Englisher Garden, Marienplatz dan Nympenburg Palace.


Oh ya, sebenarnya pada masa itu, aku singgah di Munich adalah kerana untuk ke Fussen, bagi melihat sendiri dengan mata kasar, Neushwanstein Castle -sebuah Istana klasik, dan rekabentuk mungkin diadaptasi kepada istana Disneyland yang ada sekarang.

Berlin, Germany

1. Sampai di Berlin, WOW, perkataan pertama aku cakap. Kerana Hbf dia menarik gila, besar, bertingkat-tingkat, moden, difahamkan ini adalah Hbf yang tercanggih di Germany, dibina untuk World Cup dulu. Ok, dari situ aku terus berjalan kaki ke Hotel Meininger, sebuah hotel bajet yang betul-betul bersebelahan dengan Hbf. Aku ambil dorm. Murah. Dalam 16Euro je.

2. Malam tu, salji dah mula turun. Suhu rasanya sekitar -16C. Memang sejuk yang teramat sangat. Esoknya, awal-awal pagi dah checkout, dan terus ambil one-day pass, untuk meneroka kota Berlin. Salji turun mencurah-curah pagi tu. Rasanya suasana memang suram, sunyi je, nampak yang berjalan adalah pelancong, kurang nampak rakyat tempatan. Hu hu. Semua berehat di rumah kot. Sejuk.

3. Destinasi pertama adalah ke Brandurburg Gate, pastu ke Reishtag - Parlimen Germany, pastu ke Olimpik Stadium, ke Postdamer Plazt, dan semestinya ke tinggalan Berlin Wall, dan checkpoint charlie - kawasan kawal-masuk east and west Berlin semasa zaman blok Soviet dan Perikatan dulu. lepas tu terus ke kawasan Holocaust Muzium tu, ke kawasan city hall, cari HRC dan tu dia, tamat pengembaraan singkat di Kota Berlin, memandangkan limitasi masa.

4. Oh ya, Berlin ini tidak sukar mendapatkan makanan halal, dan siap ada masjid besar lagi di sini. Lepas tu, shopping complex tutup hari ahad, maka, selamat lah saki baki Euro yang adakan. Malam nya, berlepas ke Frankfurt, risau juga takut train lewat atau cancel kan, kerana salji tebal. Esok awal-awal pagi dah nk ke Frankfurt Airport untuk terbang pulang ke Kuala Lumpur menerusi Malaysia Airlines.

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...