Wednesday, 18 April 2012

Amsterdam Schiphol Airport

2 April 2012, aku telah bersedia untuk pulang ke Kuala Lumpur melalui lapangan terbang Schiphol Amsterdam (AMS).

AMS ini sentiasa menjadi salah satu airport kegemaran aku selain LHR.

AMS ini menggunakan konsep airport cities. Airport ini mereupakan yang terbesar di Eropah yang menyediakan semua kemudahan dinamik seperti hotel, shopping plaza, hab pengangkutan awam dan lain-lain perkhidamatan berkaitan.

Salah satu yang menarik perhatian aku bila ke AMS ini adalah adanya Holland Boulevard dan Rijksmuseum di tengah-tngah plaza airport ini.

Kemudahan membeli-belah memang tersedia di sini. Banyak butik-butik yang menawarkan harga berpatutan. Yang pastinya harga perfumes dia murah. Sempat juga aku beli satu sebelum balik Malaysia.

Tercari-cari juga kedai kebab halal dlam plaza ini, tak jumpa pulak, dulu masa 2008 di airport ini aku makan kebab halal dalam sini, hmmm nampaknya dah berubah lolasi kot. Tapi tak per, dalam airport ini macam-macam kedai kopi dan buah-buahan ada. Maka, tidak menjadi masalah untuk makan hehe.

Tengah hari itu, aku bersedia berlepas pulang ke Malaysia menaiki pesawat Malaysia Airlines.


Selamat tinggal Amsterdam.




Salah satu lukisan yang dipamerkan dalam Rijksmuseum Schiphol
Pesawat B777 Malaysia Airlines bersedia untuk berlepas.
Kaunter Informasi Schiphol Airport
Pintu masuk muzium rijksmuseum
KLM adalah penerbangan nasional Holland
Sempat sambar EDT
Ruang permainan kanak-kanak. Berasaskan cockpit KLM

Giethoorn...what a village!

Keukenhof- The Most Beautiful Spring Garden

Aku kembali ke Keukenhof selepas 5 tahun (kali ini aku dapat tiket percuma masuk ke sini, setelah dapat menerusi fb keukenhof)
Keukenhof, salah satu taman tercantik dunia, pada musim bunga.
Berjuta-juta tulips di sini. Dan semestinya aku suka tgk bunga tulips, kebanyakan percutian musim bunga aku mesti dapat jumpa tulips (di Butchart Garden, Victoria, Kanada, di Teeselaar Tulips Festival, Melbourne, di Floriade, Canberra, Australia)
Terletak kira-kira 30km dari Amsterdam, berdekatan Lisse. Maklumat lanjut di www.keukenhof.nl

Sedikit fakta ringkas Keukenhof (dipetik dari website dia)

What is Keukenhof? 

  • The most beautiful spring garden in the world
  • 32 hectares in size
  • 7 million bulbs planted in more than 1600 varieties
  • More than 7000 kg of annual grass seed
  • 15 kilometres of footpaths
  • 280 benches, 15 fountains and 32 bridges
  • 5 restaurants, 6 souvenir shops and 3 flower bulb sales outlets
  • 30 male gardeners and 1 female gardener


Seperti biasa aktiviti utama di sini adalah pusing-pusing taman tu, bergambar sana sini, people watching dan sebagainya. Nah sehari pun tak puas bila berada di sini. Kali ini tak sempat nak berbasikal ke sekitar Lisse, kerana hujan. Maka, terpaksa datang lagi kan ke sini (alasan sangat). Wah kali ini, terjumpa spesis "Malaysia", cantik dalam beribu yang ada.




 

Rotterdam, Holland

Amsterdam, Holland

Madrid -> Amsterdam

Santiago Bernabeu, Home of Real Madrid CF

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...