Saturday, 25 August 2012

Sepagi di Ladang Lavender, Valensole

Pada mulanya kami bercadang untuk mengambil tour package ke ladang lavender. Namun, semua pakej pada hari itu telah penuh.

Maka, kami membuat perubahan dengan menyewa teksi untuk ke ladang lavender terdekat, di Valensole. (harga lebih kurang sama dengan harga pakej). Kira-kira 60km dari Aix. Sebenarnya banyak pilihan untuk ke ladang dan kawasan yang mana satu di Provence ini. Memang mengujakan.

Selepas sejam, maka, nah, kami tiba di ladang lavender ini. Memang saujana mata memandang. Ungu se ungu2 nya.
Nyaman. Wangi gitu.

Seperti biasa, aktiviti bergambar2 untuk kenangan.

Dalam perjalanan pulang semula ke Aix, kami singgah di L'ocittane Musee. Iaitu muzium dan butik L'ocittane, En Provence. Harga barangan kat sini agak berpatutan.
saujana mata memandang
the real L'occitane, En Provence
salah satu ladang yang ada
wangi
Memang tidak menjemukan
for album

Aix-en-Provence, France

Tiba di Aix awal malam, segera mencari Apartment.

Aix ini kotanya tidak besar. Aix juga agak mahal, dan tidak sesesak Nice.

Aix terkenal dengan air pancuran nya yang dah berusia bertahun-tahun.

Aix juga menjadi kota persinggahan untuk pelancong meneruskan penerokaan ke wilayah yang terkenal dengan lavender, terutamanya di misim panas.

Aix juga berdekatan dengan Marseilles. Sepanjang kami di Aix, kami makan sajuan utama di Marseille, hahaha.

Maka, tujuan utama kami di Aix adalah untuk ke ladang lavender. Yeay.
Lautan warna ungu di ladang lavender, itulah harapan utama di Aix.

Butik-butik di pusat kota Aix ini tidak kurang menariknya, cuma perlu sediakan Euro yg banyak. Hahaah.

Menuju ke Aix-en-Provence

Petang itu, selepas penat pusing Nice, kami segera mencari Gare Ratoire, stesen bas untuk ke Aix-en-provence.

Cari punya cari, dengan naik tram dari Nice SCNF, kami jumpa gak stesen bas ni.

Memang simple. Untuk ke Aix, boleh beli terus tiket secara walk in kt sini.

Tambang pergi balik adalah 60€. Prjalanan kira-kira 3 jam.

Stesen keretapi Nice
menuju ke stesen bas yang membawa ke wilayah Provence
Logo di badan bas
bus interior
Simple kan stesen bas dia

Nice, Cote D'Azur, France

Kita sambung balik kisah jalan-jalan Eropah hari tu.

Setelah 2 jam terbang dengan British Airways dari Gatwick London, kami tiba di Aeroport Nice. Cantik dan sibuk juga Airport ni. Tepi laut.

Urusan imigresen mudah dan cepat. Lepas ambil bagasi, kami segera beli pass harian 4€ untuk ke sentral Nice.
Pas ini boleh digunakan untuk tran, airport bus, dan bas biasa.

Perjalanan dari Airport ke pusat bandar sungguh menarik. Disajikan dengan promenade sepanjang pantai.
Laut Meditranean membiru, cuaca panas dan terang, sesuai untuk bersantai di pantai.

Lepas letak barang di stesen keretapi Nice, kami segera pusing-pusing kota dan agenda wajib adalah bergambar dan bergambar sampai jemu.

Nice ini sangat mahal jika dibandingkan dengan kota lain di Perancis. Namun, untuk bersantai dan jalan2 di kota ini tidak mahal.

Kami berjalan ke kawasan Old Town, ke kawasan pelabuhan dan srterusnya daki bukit yg ada di Nice, menikmati permandangan mendamaikan.

gigih menapak tengah panas
depan arca memperingati pejuang perancis
saujana mata memandang
what a view.
Nice city centre
salah satu perhentian bas utama di tengah-tengah kota Nice
sekitar kawasan marina

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Belum terlewat rasanya untuk aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir batin.
Sorilah lama tak menulis. Insha Allah, akan lengkapkan entri jalan2 Eropah secepat mungkin.
Lepas raya ini, kalendar lari2 juga akan bertambah. Saya suka.
Selamat kembali bertugas kepada semua.
Moga terus sukses selalu.

Sunday, 5 August 2012

Sleeping At Airport: Gatwick Airport, London

Seperti biasa, kalau berada di Eropah, setiap kali ambil penerbangan awal pagi, sekitar jam 7.00 pagi, aku selalu akan membuat penjimatan dengan tidur/lepak di Airport seawal tengah malam.

Lepas bertolak dari Central London dengan menaiki EasyBus (kalau booking awal, harganya amat murah jika dibandingkan dengan harga bas biasa ataupun train), kami tiba di London Gatwick Airport sekitar jam 1.00 pagi, 3 Julai 2012. Tambang bas EasyBus tu dalam 6£.

Sampai sahaja di Gatwick, terus mencari port yang sesuai untuk melepak/tidur. Salah satu perkara yang aku suka bila melepak/tidur di Airport adalah, suasananya yang meriah dengan travelers lain yang bermafam-macam ragam.

Setelah mendapatkan tempat sesuai, kami terus melelapkan mata. Tapi aku hanya tidur-tidur ayam je, hahaha. Sibuk memerhatikan gelagat orang ramai. Pastu sibuk cari port untuk charging handphone dan kamera.

Sekitar jam 5.30, airport terus cerah dan makin meriah, kebanyakan kaunter-kaunter check-in telah dibuka..
Selepas menyiapkan diri, kami terus ke kaunter British Airways (BA).
Kami pilih BA ke Nice kerana harga fia jauh lebih murah dari Easyjet. Lagipun, ia penerbangan premium, maka, tifak timbul masalah dengan luggage.

Pagi itu, kami berlepas ke Nice, Perancis jam 7.40 pagi. Penerbangan ke sana mengambil masa 2 jam.

Suasana awal pagi di Gatwick
Terbang dengan British Airways, tidak mengecewakan, walaupun Cabin Crew tua2 (haha)
Katanya ada restoran baru Jamie Oliver, baru buka di Gatwick Airport
Meriah kan, ni sekitar jam 2.30 pagi

London, Summer 2012

Aku sambung balik cerita jalan-jalan pada awal Julai hari tu.

Sampai sahaja di London Heathrow pada 2 Julai 2012, Isnin, cuaca agak dingin.

Seperti biasa urusan imigresen agak perlahan awal-awal pagi, barisan panjang. Namun, tiada masalah untuk masuk ke London.

Ni kali kedua aku ke London tahunini, maka, tiada masalah untuk ke central London.

Dari Heathrow Terminal 4, terus kami ambil Tube Piccadily Line, tukar di Earl's Court, ambil central line ke Bayswater. Pagi tu agak mendung.
Sampai di Bayswater, terus pergi letak barang di Bayswater Hostel, yang terletak 50m dari Tube station.

Selesai urusan persiapkan diri dan kemas barang di hostel, kami terus mencari sarapan di sekitar Bayswater ni. Kawasan Bayswater ni banyak kedai halal, Tesco dan Sainsburu pun ada, maka, soal makan tidak menjadi masalah.

Lepas makan, kami memulakan aktiviti untuk melawat dan bergambar dengan ikon-ikon utama kota London. Antara kami bertiga, semua dah pernah sampai ke kota London, maka, tifaklah teringin sangat nak masuk semua ikon-ikon. Hahah.

Pagi tu, hujan mulai turun. Sejuklah juga. Dengan travelcard harian berharga £7, untuk tube, bas dan light rail, ferry, maka, ia menjimatkan untuk bergerak ke ikon-ikon menarik sekitar zon 1 dan 2 di London.

Hari ini kami ke Trafalgar Square, bergambar sekitar situ, lalu bergerak ke Big Ben, berjalan-jalan sekitar tepi Sungai Thames, menuju ke London Eye, Tate, Millenium Brigde, Tower Bridge, Tower Bridge, Tower of London etc...

Penat berjalan dalam keadan hujan renyai-renyai, kami seterusnya menuju ke Oxford Street. Seperti biasa, jalan ini penuh dengan shopaholics, takpun sekadar pengunjung yang sekadar mencuci mata.

Dari Oxford Street, kami ke Egware Road, mencari juada makan tengah hari. Area Edgware Road ni banyak kedai-kedai Arab. Senang.

Lepas makan, kami jalan-jalan pinggir Hyde Park, kemudian terus ke beberapa pasaraya yang ada di Oxford Street, seperti Primark, H&M, dan singgah masuk butik-butik yang ada. Tak shopping pun, walaupun sekarang tengah Summer Sale. Ramai sangat orang. Hahaha. Lagipun, ini baru hari pertama, setiap £ yang ada amatlah berharga.

Seperti pagi tadi, petang juga hujan. Maka, sekitar jam 6.30 petang, kami bersiap kembali ke hostel. Dalam jam 11 malam nanti kami akan bergerak ke London Gatwick Airport, kerana awal pagi esok akan berlepas ke destinasi berikutnya, Nice, Perancis.
Seperti biasa, bila di London, mencari bas Merah, Routemaster
Area Trafalgar Square, Lepas hujan
Ni dalam St Pancras International Station
Tower Bridge at the back
Pondok telefon merah
Depan TATE
St' Paul Cathederal kt belakang tu

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...