Thursday 24 January 2013

SC Dubai Marathon 2013

Aku tak tahu apa yang mendorongku sampai ke sini.

Yang pasti, aku cuak, teruja dan segala perasaan ada untuk marathon pertamaku di luar negara.

Standard Chartered Dubai Marathon 2013.

Moga segala urusan larian berjalan lancar esok.

PadaMu Ya Allah Ku Bermohon..





Sunday 20 January 2013

Milo-FTAAA Cross Country 2013

Tempat : Taman Botani (Lake Garden)
Masa : 7.45 pagi
Jarak : 10.6km (GPS)

Wah tak sangka ramai juga yang masuk race ini walaupun ada lagi satu race di Klang, Dragon Back Run.

Aku masuk race ni sekadar nak tune up utk marathon dalam beberapa hari lagi.
Maka, larian ni sekadar nk bagi otot kaki berlari je tanpa bagi tekanan. Minggu lepas aku dah buat LSD 22km, sengal kaki ku masih terasa. Tu yang minggu ni buat larian biasa2 je.

Laluan cross country ini agak menarik, bermula di Boat House Lake Garden, pusing taman, lalu bukit tepi planeterium, turun tangga, bukit segala, lepas tu lari ke jalan parlimen, masuk simpang ke JKR pastu masuk jalan dekat tugu negara, turun bukit belukar belakang tu, kemudian naik tangga, lintas tugu negara, masuk balik ke taman tasik, pusing taman dan tamat.

Nah, mmg agak mencabar laluan ni. Aku tamatkan larian dalam masa 1:17. Mmg agak perlahan, janji dapat berlari.

Seperti biasa, post race ada milo, 100+ segala. Keseluruhannya, race ni ok, cuma masa nk mula agak sempit, dan ramai runners yg baru sampai. Mungkin tersangkut dalam jam, coz ada event basikal sekitar kL.

#oh ya, aku tak dapat medal penamat bagi race ni, krn medal utk 150 pertama shj. Sah2 aku x dpt 150 kan. Hahaah

Apa2 pun, berdebar menanti maraton ke2 ku.

#RunGmeRun













Wednesday 9 January 2013

2012 : Dan Harapan 2013

Tak sangka sekejap masa berlalu. Sepanjang aku mula berlari (Jun 2012) hingga Disember 2012, berjaya catatkan 510km (termasuk latihan, lari-jalan-lari). 

Tak sangka sejauh ini aku exercises. Hehe. Yang lebih penting dapat menarik lebih ramai kawan-kawan terdekat untuk turut sama terlibat dalam lari-lari ini.

Memang tahun 2012, aku berjaya mencapai impian aku bagi menamatkan Full Marathon. Syukur, Allahamdulliah. Berjaya akhirnya.

Untuk 2013, aku mensasarkan beberapa larian utama. Maka, terpaksa balance kan hidup dengan kerja, sosial, jadual lari, jadual travel segala.
Moga terus dikurniakan nikmat kesihatan dan kelapangan. Amin.

Run Gme Run!!!

Monday 7 January 2013

MPIB Run 2013 - My First Race of the Year

Tempat: Padang Merbok, KL
Masa: 7.00 pagi
Tarikh: 6 Januari 2012
Jarak: 12km

Ini merupakan larian pertama untuk tahun 2013. Excited semacam, walaupun agak lama tidak berlari, atau berlatih sejak Malakoff hari tu.

Laluan race meliputi bukit tunku, tijani, dan bukit-bukit sekitar. Seronok route, berbukit serta teduh dan redup dengan pokok2.

Aku seperti biasa bermula agak perlahan. Berlari dengan pace sendiri. Maka, aku sampai ke garisan penamat dalam masa 1:15:40. Kira oklah standard aku. Tak sempat nak berlari lagi pantas.

Keseluruhannya, race ini ok. Meriah. Pengurusan yang baik. Post race juga tiada masalah. Bekalan air, ice cream dan pisang lepas lari memang menggembirakan.

Run gme run.

















Tuesday 1 January 2013

Selamat Datang 2013

Kejap je masa berlalu, dah 2013.

Banyak sebenarnya entri tertangguh.

Aku baru sampai dr US pagi ni.

Nanti bila dah hilang penat, aku akan terus bercerita.

Stay tuned.

:)

highlight bg trip aku kali ini adalah Grand Canyon

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019

Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud (LAJSM) 14 September 2019 Dataran Batu Burok Kuala Terengganu 12 am 1️⃣  Seperti biasa, LAJSM ...